Sunday, June 21, 2009

SINOPSIS KAEDAH AL-HIRA'

KAEDAH AL-HIRA': BOLEH BACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM adalah merupakan kaedah terkini panduan belajar Al-Quran dalam masa yang singkat. Kaedah ini diasaskan oleh Dr. Hj Muhammad Roihan Al-Mandily yang berasal dari Mandailing, Sumatera Utara, Indonesia. Kaedah ini terbukti keberkesanannya setelah diuji cuba selama 3 tahun. Ianya sangat mudah, praktis, dan sistematik.

MENGIKUT pelajaran Al-Quran secara tradisional, buku yang digunakan untuk mengajar Al-Quran adalah Muqaddam Al-Baghdadiah yang menggunakan sistem mengeja. Setelah bertahun lamanya sistem ini digunakan, didapati kurang praktikal pada masa sekarang. Justeru timbul kaedah baru yang menggunakan kaedah bacaan langsung tanpa dieja.

WALAUBAGAIMANAPUN, pengasas kaedah ini memikirkan satu lagi cara yang boleh mempercepatkan lagi penguasaan bacaan Al-Quran dengan hanya menggunakan satu buku yang nipis sahaja, hasilnya wujudlah KAEDAH AL-HIRA’. Keistimewaan kaedah ini berbanding sistem lain adalah susunan pelajarannya yang sistematik dan teratur, memudahkan penuntut memahami dan menguasai cara membaca ayat suci Al-Quran.

ADA 10 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB MEMILIH AL-HIRA':
1. Unik
2. Susunannya teratur dan sistematik
3. Ringkas dan padat
4. Mudah difahami
5. Dalam masa 24 jam boleh membaca Al-Quran
6. Dua dalam Satu (Asas & tajwid)
7. Tajwid yang lengkap dan ringkas
8. Boleh membaca Al-Quran dengan tajwid
9. Tepat & sesuai dengan keperluan masakini

10. Cepat dan jimat
SUKATAN PELAJARAN Kaedah Al-Hira' adalah dengan menggunakan Buku Al-Hira’:BOLEH MEMBACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM. Buku ini mengandungi 22 pelajaran dan ia terbahagi kepada Bahagian Asas & Bahagian Tajwid. Sukatan pelajaran Bahagian Asas buku Al-Hira' adalah sebagaimana berikut:
Pelajaran 1 : Cara membaca huruf yang berbaris atas
Pelajaran 2 : Cara membaca huruf yang berbaris bawah
Pelajaran 3 : Cara membaca huruf yang berbaris hadapan
Pelajaran 4 : Mengenal huruf bersambung
Pelajaran 5 : Mengenal bacaan tanda panjang
Pelajaran 6 : Cara membaca huruf berbaris dua (Tanwin)
Pelajaran 7 : Cara membaca huruf mati (Sukun)
Pelajaran 8 : Cara membaca huruf yang bertashdid
Pelajaran 9 : Cara membaca (Alif Lam) at-Ta’rif
Pelajaran 10 : Cara membaca lafaz al-Jalalah (ALLAH)
Pelajaran 11 : Cara membaca hamzah wasal
Pelajaran 12 : Cara berwakaf (memberhentikan bacaan)
Pelajaran 13 : Cara membaca huruf-huruf muqatta’ah

BERDASARKAN pengalaman, apabila seseorang pelajar telah melepasi pelajaran ke-13, mereka sudah mempunyai kemahiran yang cukup untuk membaca Al-Quran. Namun begitu, peserta harus meneruskan pengajian ke Bahagian Tajwid agar benar-benar mahir membaca Al-Quran.

PENGUMUMAN PENTING !!

ASSALAMU’ALAIKUM & SALAM DAKWAH;

PENGUMUMAN INI DITUJUKAN KHAS KEPADA :-

- GURU AGAMA SEKOLAH (GURU J-QAF , KAFA & SWASTA)
- PEMILIK PUSAT PEMBELAJARAN AL-QUR’AN
- PEMILIK SEKOLAH SWASTA & TADIKA
- IMAM MASJID & SURAU
- PENGARAH AGENSI KERAJAAN & SWASTA
- PEMIMPIN MASYARAKAT DI PELBAGAI PERINGKAT

PRODUK YANG DITAWARKAN:-

“KURSUS PENDEDAHAN KAEDAH AL-HIRA’ :
BOLEH BACA AL-QUR’AN DALAM MASA 24 JAM”
- Kaedah yang Ringkas & Padat
- Boleh Baca Al-Qur’an & Boleh Tajwid
- Susunan yang Sistematik & Teratur

Berhubung segera dengan kami !! Kami telah menyediakan modul kursus intensif dengan hanya KURSUS SEHARI untuk anda menguasai KAEDAH AL-HIRA’. (Buku dan Manual Panduan Al-Hira’ serta lain-lain peralatan kursus disediakan).

TURUT DITAWARKAN;

1- Jualan Buku Belajar Al-Qur’an Kaedah Al-Hira’
2- Jualan VCD Belajar Al-Qur’an Kaedah Al-Hira’


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:Ust. Mohd Taqiyuddin al-Hafiz (019-2821979)

Sekian, terima kasih. Wassalam.

BUKU & VCD KAEDAH AL-HIRA'

Kaedah Al-Hira' merupakan kaedah terkini belajar membaca Al-Quran dalam masa yang singkat. Kaedah ini sangat sesuai untuk semua golongan dan semua peringkat umur (dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa).
Kaedah ini amat sesuai dijadikan panduan oleh ibu bapa atau guru agama yang ingin mengajar anak-anak dan pelajar mereka membaca Al-Quran atau golongan dewasa/profesional/usahawan/pelajar IPT yang ingin belajar membaca Al-Quran tetapi tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas pengajian al-Quran.
Dengan hanya menonton VCD Al-Hira' ini, Insya ALLAH para pengguna dapat mempelajari al-Quran dangan baik. Sebuah VCD Interaktif yang memaparkan teknik dan kaedah sebutan dan bacaan Al-Quran yang betul. Langkah demi langkah juga ditunjukkan dalam VCD ini.